KOMPONEN
ALAM SEKITAR DAN SUMBER ALAM
Alam sekitar fizikal terdiri daripada empat komponen
penting iaitu biosfera,litosfera,hidrosfera, dan atmosfera. Keempat-empat
komponen alam ini berfungsi sebagai sumber alam yang amat berguna kepada
manusia. Manusia amat bergantung kepada komponen alam sekitar daripada
sumber-sumber tersebut bagi menjamin kelansungan hidup.
Komponen
biosfera
Komponen biosfera atau system ekologi dihuni oleh hidupan
termasuklah manusia, tumbuh-tumbuhan, dan haiwan. Contohnya tumbuh-tumbuhan
sebagai pengeluar makanan bagi haiwan dan manusia seperti kangkung, bayam,
sawi, ulam-ulaman dan pelbagai tumbuhan hijau yang lain. Tumbuhan yang terdapat
dalam komponen ini juga membekalkan pelbagai sumber hutan kepada manusia
khususnya dalam sektor pembalakan. Antara pokok kayu keras yang terdapat dalam
sistem ekologi ini ialah cengal, jati, meranti, balau, merbau, dan sebagainya.
Di Negara Malaysiacontohnya, aktiviti pembalakan giat dijalankan bagi
tujuan mengeksport sumber kayu atau hasil barangan perabot seperti meja, almari
dan sebagai nya ke Negara-negara jiran seperti Taiwan, China, Thailand,
dan Jepun.
Selain itu,tumbuh-tumbuhan yang terdapat di dalam
sistem ekologi ini juga penting bagi membekalkan gas oksigen yang amat penting
untuk semua hidupan meneruskan kelansungan hidup. Tumbuh-timbuhan membuat
makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Semasa proses fotosintesis
dijalankan, tumbuh-tumbuhan akan membebaskan gas oksigen ke udara dan menyerap
gas karbon dioksida dalam udara. Melalui proses ini, kandungan gas karbon
dioksida salam udara dapat dikurangkan di samping menyerdahanakan suhu bumi
agar bumi tidak berada dalam keadaan panas melampau.
Haiwan-haiwan yang terdapat di system ekologi ini
pula terdiri daripada haiwan pemangsa seperti harimau,singa, helang, dan ular;
serta haiwan yang menjadi mangsa kepada haiwan pemangsa seperti tikus,
belalang, arnab, kancil, rusa, dan sebagainya. Haiwan-haiwan yang terdapat
dalam sistem ekologi ini juga penting dalam membekalkan makanan kepada manusia
khisusnya sumber protein, iaitu daging. Antara haiwan yang banyak
membekalkan protein kepada manusia ialah lembu, kerbau, unta, rusa, kijang dan
sebagainya. Sumber protein ini penting kepada manusia terutamanya dalam proses
tumbesaran.
Selain penting sebagai penyedia makanan, komponen
biosfera ini juga penting dalam menyediakan habitat kepada seluruh
hidupan.Komponen sistem ekologi atau biosfera biasanya dipecahkan kepada
ekosistem-ekosistem yang berantai antara satu sama lain seperti ekosistem
muara, ekosistem akuatik, ekosistem hutan, dan sebagainya. Selain itu, komponen
biosfera ini juga banyak membekalkan sumber ubat-ubatan terutamanya ubatan
tradisional atau herba seperti tongkat ali, kacip Fatimah, hempedu bumi, jarum
mas dan sebagainya. Ubatan-ubatan tradisional yang terdapat dalam sistem
ekologi ini penting bagi menjamin kesihatan manusia. Di samping itu juga,sumber
ubatan ini juga turut dikomersialkan melalui kajian dan penciptaan ubat-ubatan
yang lebih mudah digunakan. Selain itu juga,ubat-ubat yang dihasilkan ini dapat
meningkatkan sumber pendapatan Negara melalui aktiviti mengeksport hasil
keluaran ubatan tradisional ke Negara-negara luar seperti Taiwan, Indonesia, Thailanddan
Negara-negara yang lain.
Disamping itu juga, komponen biosfera ini juga
penting sebagai tempat simpanan air atau kawasan tadahan. Hal ini kerana dalam
sistem ekologi.ini terdapat pelbagai jenis hutan yang membekalkan pelbagai
jenis tumbuhan yang berfungsi sebagai pencengkam tanah. Di kawasan hutan
khatuistiwa seperti Malaysiacontohnya,tumbuhan yang terdapat di hutan
Negara ini amat penting dalam menyediakan kawasan tadahan air.hujan yang turun
tidak akan terus ke permukaan bumi sebaliknya akan dihalang oleh
tumbuh-tumbuhan yang terdapat di permukaan bumi. Air hujan ini akan jatuh ke
permukan daun lalu terus melalui aliran batang sebelum sampai ke permukaan
bumi. Sebahagian air hujan ini akan melalui aliran aiar permukaan dan
sebahagian lagi akan diserap ke permukaan bumi. Air yang telah diserap dan yang
melalui larian permukaan akan mengalir ke badan-badan air seperti sungai,
tasik, kolam, dan laut. Di kawasan hutan, tumbuhan bertindak sebagai penyerap
air yang bertindak seperti ‘span’. Ini menyebabkan kawasan hutan sesuai untuk
dijadikan kawasan tadahan hujan dan pembinaan empangan. Antara empangan yang
terdapat di Negara ini ialah empangan Kenyir di Perak.
Komponen
litosfera
Komponen litosfera atau sitem geomorfologi pula
merujuk kepada lapisan luar bumi yang sangat pejal dan membentuk kawasan daratan
iaitu benua dan pulau serta dasar lautan. Kawasan daratan meliputi 29.2%
daripada keseluruhan permukaan bumi, manakala selebihnya adalah dasar lautan.
Ketebalan litosfera berbeza iaitu kurang daripada 5km di bahagian dasar laut
dan lebih daripada 50km di bahagian daratan.
Komposisi utama litosfera ialah batuan dan mineral
atau galian. Batuan tardiri daripada pekbagai jenis seperti batuan ignias,
enapan, dan metamorfosis. Batuan ini menjadi sumber kepada sektor perlombongan
dan pembinaan. Terdapat pelbagai jenis batuan yang berguna dalam sektor
pembinaan. Antaranya ialah granit, batu kapur, batu pasir, marmar,dan slat yang
boleh digunakan sebagai bahan binaan. Granit digunakan untuk membina jalan
raya, membuat batu penggiling, dan batu asah. Batu kapur pula digunakan sebagai
baja, untuk membina jalan raya, membuat gelas dan simen. Batu kapur,
pasir, lumpur, kaopur, dan tanah liat yang terdapat dalam system geomorfologi
juga penting sebagai bahan mentah untuk membuat simen. Pasir pula digunakan di dalam
relau bagas untuk membuat gelas manakala tanah liat digunakan untuk membuat
periuk belanga.
Selain itu batuan yang terdapat dalam system
litosfera juga banyak membekalkan pelbagai jenis garam yang penting
dalamkegiatan perindustrian. Garam ini biasanya terdapat dalam timbunan yang
banyak. Contihnya pemendapan fosfat yang banyak di Maghribi dan Tunisia.
Kalium karbonat atau potash terdapat di Sttassfort dan nitrat di Gurun Atakama.
Garam juga terdapat di Tasik Garam Besar di Amerika Syarikat dan di pantai Laut
Mati. Batuan juga kaya dengan kandungan logam. Logam terutamanya bijih timah
penting kepada manusia terutamanya dalam sektor perlombongan. Perlombongan
bijih timah dijalankan di kawasan yang mempunyai logam yang banyak, mudah
didapati dfan murah. Contohnya di Afrika selatan, Perisai Kanada dan daerah
Katanga di Congo. Selain itu, dalam system geomorfologi juga penting kepada
manusia dfalam penghasilan batu permata. Antara jenis-jenis batu permata ialah
intan, garnet, delima, nilam dan zircon yang digunakan untuk menghasilkan
barang kemas dan perhiasan.
Selain itu, litosfera juga mempunyai sumber tanih
yang subur untuk menjalankan aktiviti pertanian. Misalnya tanah laterit, yang
sesuai untuk tanaman getah dan kelapa sawit seperti di kawasan segi tiga jengka
di Pahang,tanih alluvium untuk tanamn padi sawah seperti di Delta
Kedah,Kelantan dan Perlis, tanah gambut untuk tanaman nanas seperti di Johor
dan tanah chernozem untuk tanaman gandum. Jenis-jenis tanih ini memiliki
zat-zat mineral yang berbeza dan ditanam dengan tanaman yang berbeza.
Komponen
yang ketiga ialah komponen hidrosfera.
Komponen
hidrosfera atau sistem hidrologi meliputi tasik, laut, paya, kolam, dan sungai.
Kira-kira 70.8% daripada keseluruhan muka bumi terdiri daripada komponen
hidrosfera. Manakala selebihnya adalah permukaan daratan muka bumi. Daripada
jumlah tersebut, sebanyak 97.2% merupakan air masin atau lautan manakala 2.8%
lagi adalah air tawar.
Lautan merupakan komponen terpenting dalam system
hidrologi. Terdapat lima lautan utama dunia iaitu Lautan Pasifik,
Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan Antartik, dan Lautan Artik. Antara lautan
tersebut, Lautan Pasifik adalah lautan yang terbesar. Lautan amat penting
kepada hidupan. Antaranya adalah sebagai sumber air hujan, menyederhanakan suhu
sekitar, membekalkan sumber protein, dan sumber mineral. Antara sumber protein
yang dibekalkan ialah ikan, udang, ketam dan sebagainya. Air laut juga kaya
dengan beberapa jenis sumber mineral. Antaranya ialah natrium, magnesium,
kalsium, dan lain-lain. Mineral-mineral ini menyebabkan air laut menjadi masin
serta sesuai dengan hidupan air masin seperti ikan bawal, sotong, ikan cencaru
dan sebagainya. Mineral-mineral ini juga membekalkan sumber garam untik
kegunaan manusia. Antara garam-garam yang menjadi kegunaan manusia ialah klorin
(55%),natrium (30.6%), dan magnesium (3.7%).
Komponen air tawar pula membentuk 2% daripada
seluruh hidrosfera. Komponen ini terdiri daripada air sungai, tasik, kolam,
paya dan sebagainya. Walaupun peratus komponennya sedikit namun air tawar
penting untuk hidupan meneruskan kelansungan hidup. Air juga penting
kepada manusia untuk kegunaan domestik atau keperluan harian penduduk dan isi
rumah seperti memasak, membasuh, mandi, dan sebagainya. Kegunaan ini diuruskan
oleh jabatan bekalan air (JBA) di negeri masing-masing. Sesetengah negeri telah
menswastakan pengurusan dan bekalan airnya seperti PUAS di Selangor dan Air
Kelantan Sdn. Bhd. Di Kelantan.
Selain itu juga air penting dalam kehidupan manusia
untuk kegiatan pertanian. Empangan dibina untuk membekalkan air dan mengawal
input-ouput air kepada kawasan pertanian khususnya padi sawah. Ini membolehkan
Negara seperti Malaysia mengeluarkan hasil tanaman seperti beras
dalam kuantiti yang tinggi. Aktiviti penanaman padi juga boleh dijalankan
sepamjang tahun tanpa mengambil kira faktor musim seperti kemarau kerana dapat
dibekalkan sepanjang tahun. Antara empangan yang dibina ialah empangan MUDA di
Kedah dan empangan KEMUBU di Kelantan.
Air juga penting kepada manusia untuk membekalkan
kuasa hidroelektrik. Tenaga hidroelektrik digunakan oleh manusia untuk
keperluan industri dan penduduk. Sumber ini juga merupakan sumber alternatif
yang penting kerana sumber kuasa ini murah, bersih, dan berterusan. Tenaga ini
juga boleh diperbaharui. Kebiasaannya kawasan sungai yang dibina empangan untuk
janakuasa hidro ialah kawasan hulu sungai. Antara empangan yang terdapat di
Negara ini ialah stesen janakuasa di empangan Kenyir Terengganu, empangan
Cenderoh di Perak, empangan Bakun di Sarawak dan empangan Pergau di Kelantan.
Komponen
atmosfera
Komponen atmosfera atau system atmosfera pula
merupakan lapisan udara yang terdapat di sekeliling bumi. Ketebalan atmosfera
di anggarkan melebihi 1000km. sumber utama dalam atmosfera ialah udara atau
lebih tepet lagui sebagai gas. Terdapat beberapa jenis gas dalam atmosfera dan
75% daripadanya terletak di lapisan paling bawah atmosfera, iaitu antara 16km
hingga 20km dari permukaan bumi. Selain daripada gas, udara juga terdiri
daripada wap air, asap, dan partikel terampai seperti debu, habuk, jelaga, dan
lain-lain. Komposisi gas yang terdapat di atmosfera ialah gas nitrogen (78%),
oksigen (20.95%), argon (0.93%), karbon dioksida (0.03%), dan selebihnya
adalah gas-gas seperti neon, helium, krypton, dan
xenon.
Atmosfera terdiri daripada beberapa lapisan iaitu
troposfera, stratosfera, mesosfera, termosfera, ionosfera, dan eksosfera.
Lapisan-lapisan ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri. Misalnya lapisan
troposfera penting untuk menampung kehidupan manusia, haiwan, dan
tumbuh-tumbuhan. Lapisan ini menjadi ruang kepada peredaran gas-gas di udara
khususnya gas oksigen dan karbon dioksida. Lapisan ini turut menjadi tempat
berlansungnya pelbagai fenomena iklim serta cuaca, contohnya hujan. Lapisan ini
juga bertindak sebagai penebat kepada bahangan matahari dan bahangan bumi.
Lapisan ini menyerap bahangan daripada permukaan bumi dan matahari untuk
membolehkan suhu bumi sentiasa stabil dan menghalang kehilangan haba dari
permukaan bumi.
Lapisan strastosfera atau ozonsfera pula menganjur
kira-kira 50 km dari permukaan bumi. Lapisan ini tidak berawan, kering, dan
lebih stabil. Lapisan ini terdiri daripada gas ozon yang berfungsi menyerap
sinaran lembayung matahari. Penyerapan ini membolehkan manusia,
tumbuh-tumbuhan, dan haiwan bebas daripada radiasi berlebihan sinaran tersebut
yang boleh mendatangkan pelbagai kesan negatif seperti kanser kulit.
Stratosfera juga menjadi ruang laluan kapal terbang supersonic.
No comments:
Post a Comment